majalah nona edisi februari 2013

// // ❤ TotBakeDesign❤

Alhamdulillah.. sekali lagi Tot Bake and Design di jemput oleh Majalah Nona Karangkraf untuk berkongsi resepi-resepi yang menarik bersama pembaca mereka. 

Terima kasih atas jemputan dari Team Nona untuk kesekian kalinya. Diharap semua pembaca dan sesiapa yang mencuba resepi-resepi yang kami kongsikan itu  gembira dengan hasilnya. 








Kisah di belakang tabir,

Waktu kami dihubungi untuk berkongsi resepi buat kali kedua ini.. agak tergesa juga sebenarnya. Kami diberi tempoh 3 hari sahaja untuk siapkan kesemua kek dan pilihan resepi yang ingin dikongsikan.. deadline yang mencabar.

Walaupun kami diberikan pilihan untuk berkongsi resepi, namun ada satu sahaja resepi yang sudah dipilih oleh wartawan yang menghubungi kami tu, iaitu resepi kek coklat basah.

Resepi ini ialah antara terbanyak hits-nya didalam blog TotBakeDesign ini.. mungkin mereka sudah pernah cuba resepi nie sebelum nie dan mahukannya.

Tempoh masa yang diberi tu di manfaatkan bebetul oleh kami.. disamping menyiapkan tempahan yang ada.. selama 3 hari kami bekerja keras menyiapkan deco untuk 6 jenis resepi.. 1 hari memerah idea.. 1 hari mula membakar dan start menyediakan dekorasi kek macam mengecat dan membuat bunga, dan hari terakhir hari menyiapkan semuanya.. dan pada hari terakhir tu kami hanya dapat tidur sejam sahaja!

Hmm.. kalau tidur sejam dua kerana nak siapkan tempahan tu perkara biasa sebenarnya.. tak tidur pun pernah.. dah settle setup segalanya kat dewan atau rumah pelanggan, kemudian balik baru la dapat lelap sejam dua.. 

Baiklah.. sambung cerita.. 

Pagi tu agak kelam kabut lepas settlekan anak - anak bersiap, makan dan semuanya terus kami bertolak ke pejabat Karangkraf, Shah Alam.. 

Papa Tot ambil cuti aritu.. jadi takdelah stress sangat sebab kerja kami bahagi dua.... maka bertolaklah kami ke Shah Alam untuk appointment pukul 10 pagi di sana.

Lepas ala - ala sesat.. dan sampai terlewat sikit .. kami pun akhirnya sampai juga ke pejabat Karangkraf, sempat jugak bertembung dengan model terkenal yang selalu ade kat iklan kain tu.. Zahnita.. beliau pun tengah register nak masuk ke Karangkraf. sempat berborak dengan beliau dan diberitahu yang ketika itu baru bersalin n baru abis pantang.. 

Hmm kalau tengokkan dia, tak nampak langsung seperti baru bersalin pun.. time tu datang ngan anak dara dia yang berumur lebih kurang 6 tahun, cantik macam mak die..

sampainya kami disana, kami disambut ceria oleh Anis iaitu wartawan Nona yang telah menghubungi kami sebelum itu. Terus hilang perasaan kelam kabut kami.. maka terus kami dibawa ke studio.. merentasi pelbagai department.. 

Rupanya sangat besar sangat pejabat Karangkraf nie.. rase macam 15 minit berjalan pun ade seewaktu nak ke studio yang terletak bersebelahan bahagian editorial itu.

Selepas itu sesi kek dan cupcakes kami beraksi pun bermula.. sebab tau sesi nie sure lama, jadi kami ke kafeteria untuk sarapan.. lebih kurang 5 jam jugak kami di sana.. dan lepas tu terus pulang.. 

Alhamdulillah pengalaman baru lagi.. macam - macam kami dah lalui dalam menjalankan perniagaan kek dan cupcakes ini.. dan ini ialah antara pengalaman yang menyeronokkan.. 




sedikit perkongsian gambar - gambar kami ketika disana.. 

bergambar mase lepas breakfast... muke kekenyangan...

naik balik dan tengok memasing tengah sibuk mengambil gambar...

anak dara kalau dalam baby wearing nie memang diam jea.. janji melekat dengan mama...

abang dah jumpe geng.. 

antara kek - kek yang kami bawak




Editor NONA Kiffy Razak.. 

konsentrasi yang hebat...
dan inilah antara gambar - gambar kek yang sempat kami snap.. 











dan dalam kesibukan semua orang kat dalam studio tu.. ada seseorang yang paling sibuk..